Setiap manusia mempunyai roh. Apabila roh seseorang itu bercerai dari badannya, terbujur kakulah jasad seseorang itu manakala rohnya akan hidup di alamnya sendiri. Kehidupan roh adalah suatu kehidupan yang amat unik. Roh mereka yang meninggal dunia dapat pula bergaul antara satu sama lain di alam mereka sendiri.
Demikianlah uniknya kehidupan roh. Walaupun jasad seseorang itu sudah hancur, rohnya tetap hidup. Berdasarkan keterangan-keterangan hadis tetrnyata roh-roh yang berada di alam barzakh dapat berkenalan antara satu sama lain. Keterangan mengenai perkara itu antara lain boleh dirujuk kepada sebuah hadis dari Ummi Hani yang diriwayatkan oleh Thabarani dengan sanad Hassan yang menjelaskan, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah kita dapat kunjung-mengunjungi bila mana kita telah meninggal dunia dan dapat melihat satu sama lainnya?” Maka jawab Rasulullah SAW : “Adalah nyawa itu menjadi seekor burung yang sukan hinggap pada pohon (dalam syurga) sehingga apabila pada hari kiamat, maka masing-masing roh itu masuk lagi ke dalam jasadnya yang asal.”
Manakala hadis dari Ibnu Abi Dunia dari Abu Laibah mangatakan : Sewaktu Bisyr bin Bara’ bin Mar’ur meninggal dunia, ibunya sangat berasa sedih sekali lalu ia berkata kepada rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya sering orang-orang dari Bani Salamah meninggal dunia, apakah orang mati itu dapat berkenal-kenalan sehingga saya ingin mengirimkan salam kepada Bisyr.” Maka bersabda Rasulullah SAW : “Benar demi Tuhanku yang menguasai diriku sesungguhnya mereka itu dapat berkenal-kenalan bagaikan burung-burung itu dapat berkenalan satu sama lainnya di atas pohon-pohon kayu.”
Dari Tsabit Al-Bunani pula, katanya : “Telah sampai kepada kami bahawa seseorang itu bila telah meninggal, maka ia sangat dirindui oleh keluarganya yang telah mendahuluinya meninggal. Ia bergembira bertemu dengan mereka dan mereka pun lebih bergembira bertemu dengannya bagaikan orang musafir, baru bertemu dengan keluarganya yang baru datang.” Riwayat Bazzar dengan sanad yang sahih dari Abi Hurairah pula menegaskan : “Bahawa orang mukmin yang bakal meninggal dunia dan menyaksikan apa yang ia saksikan (ketika sakaratulmautnya, ia menyaksikan bakal tempat kediamannya di syurga), ia ingin skali kalo rohnya segera keluar dan sedang Allah Taala suka menemui orang Mukmin."
“Sesungguhnya orang Mukmin rohnya dinaikkan ke langit lalu ia didatangi oleh roh-roh yang lain mengeruminya, mereka menanyakan khabar tentang kenalan-kenalannya yang masih tinggal di bumi. Bilamana ia mengatakan : Saya tinggalkan mereka di dunia, maka kata-kata itu menjadikan mereka hairan. Kalau ia mengatakan : Si Fulan itu telah meninggal, lalu mereka berkata : Kenapa tidak didatangkan kepada kita?” Riwayat Ibnu Abi Dunia dengan beberapa sanad dari Ubaid bin Umar pula, katanya : “Seseorang itu bilamana telah meninggal, maka rohnya ditemui oleh roh-roh (yang telah meninggal lebih dahulu) lalu mereka itu menanya-nanya khabar kepadanya bagaikan orang menanya kepada pengenderai tunggangan yang baru tiba : Si Fulan apa kerjanya?"
Al-Baihaqi pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud : “Usahakanlah kain kafan untuk orang yang meninggal daripada kamu itu dari kafan yang baik-baik kerana itu akan bermegah-megah dengannya dan akan kunjung-mengunjungi satu dengan yang lainnya di dalam kuburan.” Demikianlah keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai roh yang tentunya amat unik sehingga mereka dapat bergaul dengan baik di antara satu sama lain di alamnya sendiri meskipun jasad seseorang itu sudah sekian lama hancur dimakan bumi.
Berhubung dengan persoalan dimanakah tempat tinggal atau atau tempat ketentuan roh seseorang itu, Ibnul Qayyim dalam kitabnya telah membahaskan perkara itu dalam satu bahagian yang khusus dengan menyebut beberapa pendapat ulama yang paling rajah. Antara lain, beliau menegaskan : roh-roh itu ditempatkan dalam alam barzakh dan ia berbeza-beza pula kedudukannya. Menurut beliau, beberapa roh ditempatkan pada A’la illiyin di Amalail A’la iaitu roh-roh para nabi dan tempat kediaman masing-masing pula berbeza-beza. Perkara itu telah dilihat sendiri oleh Rasulullah SAW pada malam israk.
Beberapa roh telah ditempatkan di dalam tembolok burung hijau yang melayang-layang di udara syurga seenak-enaknya iaitu roh-roh sebahagian dari para shuhada. Jadi bukan seluruhnya kerana ada di antara mereka itu yang rohnya ditahan sementara (untuk memasuki syurga) disebabkan hutangnya yang belum dibayarkan atau lainnya. Ibnul Qayyim di dalam kitabnya yang berjudul Al-Musnah Muhammad bin Abdillah bin Jahsy menyebut : Bahawa seorang lelaki datang berkunjung kepada kepada Nabi SAW lalu ia berkata : "Ya Rasulullah, apa yang saya dapat jika saya gugur pada jalan Allah? Maka sabda Rasulullah SAW : “Ialah Syurga”. Manakala orang itu telah pergi. Rasulullah SAW bersabda lagi :“Kecuali kerana hutang, Jibril baru sahaja membisikkannya kepadaku tadi.”
Ada pula roh yang dipenjarakan pada pintu syurga. Perkara itu telah diterangkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Saya melihat teman kamu itu (yang baru sahaja meninggal), ia dipenjarakan pada pintu syurga.” Menurut Ibnul Qayyim, di antara roh-roh itu terdapat juga roh yang dipenjarakan di dalam kuburnya. Perkara itu diterangkan dalam hadis tentang seorang yang telah mencuri sesuatu dari ghanimah sebelum dibahagi tetapi tidak lama kemudian ia gugur sebagai syahid. Orang-orang mengucapkan kata-kata selamat tentang kematiannya itu : “Alangkah senangnya ia mendapat syurga”, Namun Nabi SAW menerangkan : “Demi Tuhan yang menguasai diriku, sesungguhnya syamlah (sejenis pakaian) yang telah dicurikan itu, akan menyalakan api atasnya di dalam kuburnya.”
Ada pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga. Perkara itu disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh Ahmad : “Para Syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai dekat pintu syurga di dalam suatu kubah hijau, dikeluarkan mereka rezeki dari syurga setiap petang dan pagi.” Daripada para syuhada tersebut dikecualikan Ja’afar bin Abu Thalib kerana dia telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya dengan buah sayap yang dapat dipergunakan untuk terbang di dalam syurga semahunya. Ada pula di antara roh itu berada dekat dengan pintu syurga. Perkara itu disebutkan dalam hadis Ibnu Abas r.a. yang diriwayatkan oleh Ahmad : “Para syuhada ditempatkan di tepi suatu sungai yang dekat pintu syurga di dalam suatu khubah hijau, dikeluarkan untuk mereka rezeki dari syurga setiap petang dan pagi.”
Daripada para syuhada tersebut dikecualikan Ja’far bin Abu Thalib kerana dia telah digantikan oleh Allah Taala kedua tangannya dengan buah sayap yang dapat dipergunakannya untuk terbang di dalam syurga semahunya. Ada pula di antara roh itu yang dipenjarakan di dalam bumi ini sahaja atau tidak diangkat ke Almalail A‘la kerana ia adalah sebangsa roh bumi yang rendah. Roh bumi yang rendah itu tidak akan berhimpun bersama-sama dengan roh langit dan ia sama sahaja halnya dengan keadaannya ketika di atas dunia ini.
Jiwa atau roh seseorang yang ketika di atas dunia ini tidak pernah berusaha untuk mengenal Tuhannya, mendekatkan diri mencari kerelaan rahmat kasih sayangNya, tidak pernah berzikir menyebut-nyebut namaNya, tidak pernah mngerjakan titah perintahNya atau menjauhi laranganNya, ia adalah roh bumi yang rendah. Jadi ia akan tetap sahaja dipenjarakan di bumi. Sebaliknya roh yang di langit iaitu roh yang ketika di atas bumi di dalam dunia ini selalu berusaha sedaya upaya mendisiplinkan dirinya mentaati Tuhannya, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya. Apabila ia telah berpisah dari badannya, ia akan dapat berhimpun (bergaul) dengan para roh-roh yang sebangsa dengannya.
Roh mereka itu akan bersama-sama dengan roh-roh orang yang dicintainya baik dalam alam barzakh mahupun di hari kiamat kelak. Ada pula roh-roh itu ditempatkan di dalam tempat orang-orang yang suka melakukan zina. Ada pula yang ditempatkan di dalam sungai darah dan dilempari dengan batu dan lain-lain. Yang jelas, roh-roh itu berada di tempat-tempat yang berlainan. Ia bergantung kepada amalan-amalan dan bahagian-bahagian masing-masing. Ibnul Qayyim menerangkan, roh itu meskipun berada di dalam syurga dan di atas langit namun ia tetap mempunyai hubungan dengan kuburnya dan badan yang ada di dalamnya. Jadi ia mempunyai kekuatan bergerak, berpisah, naik dan turun yang sangat luar biasa.
Menurut keterangan beberapa hadis, si mayat sememangnya dapat mengenali orang-orang yang datang menziarahi kuburnya malahan mereka juga turut terhibur dengan kedatangan orang berkenaan. Ibnu Abi Dunia dari Aishah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada dari seorang lelaki yang menziarahi kubur saudaranya dan ia duduk di sampingnya melainkan ia merasa terhibur dengan dia dan dapat meneladaninya sehingga ia berdiri (berangkat pulang).” Menurut keterangan beberapa hadis, si mayat juga akan mengetahui keadaan orang-orang yang masih hidup iaitu dengan jalan yang menerima laporan-laporan yang disampaikan kepadanya.
Abi Daud Al-Thayalisy dari Jabir bin Abdillah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya amalan-amalan kamu itu akan dilaporkan kepada keluarga kamu yang sedang di alam kubur. Jika amalan kamu itu baik maka mereka bergembira dengannya tetapi bilamana selain daripada itu, mereka berkata : Wahai Tuhan kami, ilhamkanlah kepada mereka agar mereka beramal melakukan perbuatan taat.” At-Tirmidzi Al-Hakim pula dalam Nawadirul Usul meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dilaporkan amalan-amalan itu pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah dan dilaporkan kepada para Nabi dan para ibu bapa pada hari Jumaat. Mereka berasa senang dan gembira dengan adanya kebajikan-kebajikan mereka dan bertambah cahaya wajah mereka berseri-seri. Kerana itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah mengganggu orang-orang yang telah meninggal dunia.”
informasinya sangat menyejukkan hati dan bermanfaat sekali. trims
ReplyDelete